Friday, June 06, 2008

Anak salih penerus amal baik ibu bapa

Soalan:

SAYA lahir daripada keluarga baik-baik kerana ibu bapa orang terhormat dan beragama. Mereka mendidik anak sebaiknya. Namun, kami anak yang hidup dalam dunia kini, kadangkala kami terlanjur melakukan dosa dan perkara dilarang. Kini ibu bapa sudah tiada, adakah mereka menanggung dosa atas apa kami lakukan.

Lisa, Malaysia Timur.

Jawapan;

Islam meletakkan asas dalam hal ini iaitu seseorang tidak akan menanggung dosa seorang lain. Apa yang dilakukan seseorang, maka dia akan menanggung akibat perbuatannya dan di akhirat dia akan dibalas setimpal dengan dosa dilakukan.

Tetapi dalam Islam ada konsep amal jariah. Maksudnya, jika kita melakukan sesuatu yang baik dan orang lain terdorong melakukan kebaikan sama hasil daripada didikan, bimbingan dan tunjuk ajar, maka kita akan menerima pahala.

Begitu juga dosa boleh diwarisi jika kita mendidik dan mengajar orang untuk melakukan kejahatan, lalu kejahatan itu dituruti dan disebar luaskan orang lain. Dalam hal ibu bapa pun begitu juga. Jika mereka meninggalkan anak yang salih, maka mereka akan memperoleh bahagia berpanjangan di alam barzakh kerana amal salih dilakukan anak hasil didikan ibu bapanya.

Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Apabila mati anak Adam, maka putuslah amalannya kecuali tiga iaitu, anak salih yang mendoakan untuknya, ilmu yang diajarkan dengannya dan sedekah jariah yang ditinggalkan."

Bagaimana pula jika ibu bapa tadi meninggalkan anak yang tidak salih. Ibu bapa sedemikian akan menerima tempiasnya di akhirat kerana kegagalan mendidik anak ke jalan Islam. Tetapi jika ibu bapa sudah menjalankan kewajipan dengan baik, tetapi anak tetap tidak mahu berubah, malah melakukan perbuatan bertentangan dengan apa diajarkan, maka Allah tidak akan membebankan ibu bapa dengan sesuatu di luar kemampuannya.

Jawapan disediakan oleh Prof Madya Dr Hafizi Mohd Noor dengan kerjasama wanita JIM.

1 comment:

Redhasha said...

Salam...sy menpunyai seorg adk lelaki yg kini usianya mncecah 20 thn..dia merupakan ank tunggal lelaki dlm keluarga..jg merupakan impian terbesar mak dn ayah..apa yg mnjadi masalah yg membelenggu kami sekeluarga adalah skpnya yg agk berlainan drp adk beradik yg lain..dia seorg yg panas baran,suka melawan,x menunaikn solat 5 waktu dn bnyk menghabiskn masa dn wang utk memenuhi setiap keinginannya..sy yakin dia mmg mnghdpi tekanan prasaan sejak kecil..sbb semasa kecil dia selalu di buli oleh kwn2..apa yg sy nmpak semakin besar dia pula yg mmbuli kwn2nya..dia seorg yg pendiam,pemalu dn kurang berkeyakinan utk bt sesuatu..sy jg percaya slh 1 punca dia begini mngkn krn agk dimanjakn olek mak dn ayah..bleh dikatakn setiap keinginannya akn di penuhi..skrg dia lngsung x bleh di tegur..klu di tegur dia akn mmberontak..tapi alhamdulillah setakat dia belum terlibat dlm mana2 gejala negatif yg dilakukan remaja2 skrg..dia jgk x terikut dgn kwn2 yg merokok…x suka dgn skp perempuan yg x senonoh dn sebagainya..apa yg mmbimbangkn sy dia tau kesilapannya tapi x mau lg berubah..kami dh cuba pelbagai cara utk menegurnya tapi gagal..mngkn jg ini slh kami krn x meneruskn usaha utk mngubahnya..sy benar2 risaukn masa dpnya..krn sy tau solat lh yg akan mencegah kita drp melakukan perbuatan mungkar..sy yakin adk sy ingin berubah tapi jiwanya belum cukup kuat utk bangun..lgpn dh terlalu lama dia meniggalkn solat..sy amat berharap agr adk sy akn mnjadi seorg ank yg soleh kelak..

Hamba Allah,
Alor Setar,Kedah