Friday, July 04, 2008

Bernikah orang dikagumi ubat paling baik rindu


SAYA mengenali jejaka ini selama dua tahun sebagai jiran sebelah rumah. Kami bertegur sapa hanya beberapa kali. Dia pemuda masjid, perwatakannya warak, berbudi bahasa dan menghormati orang tua membuat saya mengagumi dia dalam diam. Hati saya sudah pandai merinduinya. Bagaimana cara menghadapi keadaan ini.
GADIS PINGITAN, Muar, Johor.

SYABAS saudari, saya bersyukur kepada Allah kerana dalam dunia tanpa sempadan dan serba bebas begini masih ada lagi gadis pingitan yang mampu menjaga batas pergaulan serta punya sifat malu yang masih terbendung.

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24)

  • Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.

  • Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.

  • Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”
  • Bernikah dan membina rumah tangga langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.

Jawapan disediakan panel penasihat Wanita JIM. persoalan yang lalu boleh dilayari di www.bicarakalbu.blogspot.com

5 comments:

NAZA said...

bicara kalbu menekan isu-isu berkaitan agama Islam. Isu yang di paparkan amat berguna kepada saya.

terima kasih

naza

http://bicara-naza.blogspot.com

Zierah ♥ said...

mengenai khatam quran, bolehkah mestikah kita bermula dari alfatihah, diikuti dgn albaqarah dan seterusnya? bolehkah kita bermula dari surah yang lain dahulu? atau perlukah kita bermula dr awal mukasurat?

Unknown said...

terima kasih pada owner blog ni...byk ilmu y perlu yus pelajari...kdg2 kita rajin membaca bkn kerana buku,..tapi dari blog2 seperti ni. sbb lebih berkesan dan lebih menarik serta bole berbincang jika berlaku pelbagai kemuskilan..

shahadah said...

salam...niat dihati ingin ambil artikel ni boleh? syukran (^_^)

Redhasha said...

teringin sgt igin meraih cinta Illahi..cinta hakiki..tapi knapa hati begitu mudah jauh drp-Nya...smakin mnghampiri-Nya semakin bnyk ujian ditempuhi..akhrnya diri tunduk pd cinta manusia..