Friday, June 08, 2007

Wanita bujang harus menyusu anak angkat

Bicara Kalbu: Wanita bujang harus menyusu anak angkat

SAYA seorang wanita bujang berumur 47 tahun yang bekerjaya. Saya tidak berkahwin kerana ada beberapa masalah peribadi dan ia bukan kehendak saya. Dalam umur yang sudah mendekati senja, saya berasakan peluang untuk berkahwin amat tipis. Saya berhasrat untuk mencari anak angkat sebagai pengisi kesunyian.


Baru-baru ini saya mengambil anak angkat seorang bayi lelaki daripada seorang remaja yang terlanjur dan sudah insaf. Saya menasihatkan remaja terbabit supaya bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Kini remaja itu sudah kembali ke rumah ibu bapanya dan menyambung pelajaran.

Saya amat bersyukur dengan rezeki Allah. Saya bercita-cita menjadikan bayi lelaki ini sebagai 'anak saya' sebenar, agar satu masa nanti tidak timbul masalah 'mahram' dan 'aurah' apabila dia dewasa kelak.

Saya menghubungi seorang doktor pakar mengenai penyusuan bayi bagi wanita yang belum berkahwin. Katanya, walaupun saya belum pernah berkahwin tetapi perkembangan sains kedoktoran masa kini boleh memberikan sejenis hormon penggalak yang berupaya mengeluarkan susu daripada seorang wanita yang belum berkahwin.

Persoalan saya ialah apakah pandangan Islam dan persepsi budaya Melayu mengenai perkara ini (wanita bujang menyusukan bayi)?

Ibu ingin tahu
Kg Tunku, PJ

ISLAM tidak melarang umatnya mengambil anak angkat. Dengan niat dan cara yang betul, memelihara anak angkat boleh menjadi amal salih yang dapat membekalkan pahala berterusan menjangkau ke alam barzakh dan akhirat.

Pengambilan anak angkat oleh mereka yang mempunyai kemampuan kewangan dan kemasyarakatan sedikit sebanyak membantu mengatasi masalah sosia. Dengan kata lain, amalan mengambil anak angkat memenuhi keperluan secara timbal balik dan memenuhi naluri keibuan dalam jiwa setiap wanita.

Namun, tidak semua wanita dianugerahi cahaya mata. Maka, mengambil anak adalah penyelesaian baginya. Dan dari segi yang lain pula ia memberi peluang kepada anak yang tidak mempunyai tempat bernaung kerana kematian ibu bapa, kemiskinan dan sebagainya mendapat pembelaan sewajarnya.

Mengenai hukum wanita bujang menyusukan anak angkat, fuqaha pernah membincangkannya dalam bab – adakah disyaratkan wanita yang menyusukan itu disetubuhi (bersuami) dan mencapai usia tertentu atau tidak?

Ulamak, Mazhab Hanafi, Syafi'e dan Hambali berpendapat, wanita yang menyusukan bayi itu tidak disyaratkan berkahwin dan disetubuhi. Jika payu dara seorang dara mengeluarkan air susu, dan susu itu diminum oleh bayi, maka berlakulah hurmah (haram berkahwin) antara wanita itu dan kerabatnya dengan bayi itu seperti haram dengan sebab hubungan nasab.

Mengenai usia wanita yang menyusukan, mereka menyatakan disyaratkan usia wanita itu tidak kurang sembilan tahun kerana kemampuan mengeluarkan susu adalah berkaitan dengan kemampuan mengandung dan melahirkan anak. Kanak-kanak bawah sembilan tahun tidak boleh dikatakan sudah mampu (dari segi fizikal) melahirkan anak.

Dari segi persepsi budaya Melayu, apa yang saya perhatikan ia sering berubah-ubah dan tidak semua berlandaskan hukum syarak. Sesuatu yang pada suatu masa dianggap jelek, bertukar menjadi baik pada masa yang lain. Justeru, apa yang penting adalah hukum Allah SWT kerana Dialah satu-satunya yang berhak menentukan halal atau haram sesuatu perkara.

(Jawapan disediakan Oleh Prof Madya Maznah Daud dengan kerjasama Wanita JIM. Untuk persoalan dan jawapan bagi isu-isu yang lepas, boleh dilayari di www.bicarakalbu.blogspot.com)

14 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
aziz said...

saya seorang anak yang keseorangan. saya memerlukan ibu bapa yang penyayang sebagai pendorong saya dalam hidup. sesiapa yang ingin mencari anak angkat, sila hubungi saya di 0172522988 aziz

TheIlmuna said...

Asssalamu'alaikum,

Teman saya, seorang remaja muslim, saat ini sedang mencari keluraga angkat angkat untuk mengisi kesunyian setelah kehilangan orang tersayang. Tidak memerlukan sebarang penjagaan, hanya ingin berkongsi kasih sayang.

any Question, ask me....

Unknown said...

Salam,

saya berkeinginan untuk mengambil anak angkat, kalau boleh lelaki. boleh sesiapa bantu saya? hubungi saya di 017 - 360 7913 (eiza)

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
herlin said...

Saya remaja usia 17 tahun mencari orang tua angkat yang bersedia menyekolahkan saya hingga Lulus sma ekarang saya kelas 12

herlin said...

Saya butuh orang tua angkat yang membiayai hidup dan sekolah yang tinggal 1 tahun lagi saya lulus SMA

emy.yemy said...

salam.
sy brumur 19 thun dan dah xder mak ayah...
sy mnuntut di uni di trengganu...
sy skaarang memerlukan penjaga utk menjaga sy....
klau ader sesiapa yg nak ambil anak angkat,sila hubungi sy di
0111-9980401

AAUDB said...

Salam, kami membantu ibu yang terlanjur untuk kembali kepangkal jalan dan membimbing ibu yang terlanjur supaya tidak melakukan kesilapan yang sama sekali lagi, kami ada menyediakan rumah utk tinggal sementara sehingga bersalin, ibu bapa atau individu sendiri boleh menghubungi kami di email :-

aaudb@yahoo.com

Khidmat nasihat juga akan diberikan sekiranya ada pesoalan yang perlukan jawapan. Silalah hubungi kami melalui email diatas untuk bantuan yang sewajarnya. Niat kami ikhlas utk mengelakkan bayi dibuang atau dibunuh.

ignore said...

Say anak yatim piatu memerlukan ibu angkat. Saya ingin kuliah. To krna tidak mampu. Maka saya sekarang bekerja di salah satu perusahaan sebagai ast spv area. Saya seorang perempuan nasrani yg ingin mualaf. Umur saya 26 tahun. Hub saya di email chevho_bluepig68387@yahoo.com

ignore said...

Say anak yatim piatu memerlukan ibu angkat. Saya ingin kuliah. To krna tidak mampu. Maka saya sekarang bekerja di salah satu perusahaan sebagai ast spv area. Saya seorang perempuan nasrani yg ingin mualaf. Umur saya 26 tahun. Hub saya di email chevho_bluepig68387@yahoo.com

Unknown said...

Salam.. saya ingin mencari seorang anak angkat (baby) ada sesiapa boleh bantu saya utk mendapat seorang.. sila hubungi saya 0179534773 (pn.kayla)

Unknown said...

Salam.. saya ingin mencari seorang anak angkat (baby) ada sesiapa boleh bantu saya utk mendapat seorang.. sila hubungi saya 0179534773 (pn.kayla)

Mawar said...

salam. saya mencari anak angkat baby lelaki. jika tiada baby lelaki, baby perempuan pun saya terima dengan dengan rasa kesyukuran. Yang ikhlas menyerahan babynya sila hubungoi saya 017-4900657