Friday, March 17, 2006

Suami curang tak tahu tujuan berumah tangga

Bicara Kalbu: Suami curang tak tahu tujuan berumah tangga

ADAKAH dalam Islam mempunyai istilah suami curang? Jika ada, apakah hukumnya suami mempunyai hubungan cinta dan perempuan lain dan mengabaikan tanggungjawab untuk menyayangi isteri dan lebih menyayangi kekasihnya serta menunjuk dia amat menyayangi kekasihnya dan menyakiti hati isteri seperti menunjukkan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan segala yang berkaitan dengan kekasihnya. Apakah pula hukum seorang perempuan yang mempunyai hubungan cinta dengan suami orang?

Puan Tiramisu
Subang Jaya

Persoalan yang dihadapi oleh puan adalah gejala betapa sesetengah suami atau isteri tidak memahami tujuan berumahtangga di dalam Islam pada hari ini.

Tujuan mendirikan rumah tangga di dalam Islam ialah agar kedua-dua suami dan isteri memperoleh ketenangan di antara satu dengan lain. Malah perkahwinan adalah keperluan fitrah (semula jadi) untuk seseorang lelaki dan wanita meluahkan kasih-sayang dan belas ihsan di antara satu sama lain.

Perkahwinan juga akan melengkapkan agama (penghayatan agama) seseorang sebagaimana sabda junjungan”'Apabila berkahwin maka lengkaplah separuh dari agamanya, maka hendaklah ia bertakwa dalam separuh lagi”.

Perkahwinan adalah institusi suci yang tidak boleh dicemari dengan sebarang bentuk perbuatan yang tidak jujur terhadap pasangan masing-masing. Perbuatan suami puan yang berbangga mempunyai 'kekasih' yang lain jelas adalah satu bentuk kecurangan yang sangat keji. Beliau melakukan dosa besar dan perbuatannya itu boleh dianggap sebagai menghampiri zina. Firman Allah dalam al-Quran 'Jauhilah zina, sesungguhnya ia amat keji dan seburuk-buruk jalan"

Pujuk suami puan supaya meninggalkan perbuatannya itu. Tidakkah dia berasa malu dengan puan dan dengan anak-anak? Tidakkah dia memikirkan kesan perbuatannya itu terhadap puan dan jiwa anak-anak? Tidakkah dia memikirkan kesan perbuatannya itu terhadap harga dirinya sendiri sebagai seorang suami?

Penyelesaian jangka panjang kepada kemelut ini ialah suami mesti berusaha mempertingkatkan kefahaman tentang hubungan suami-isteri di dalam Islam. Apakah hak dan tanggungjawab seorang suami dan seorang isteri demi memastikan rumah tangga mendapat rahmat dan penuh dengan sakinah (kebahagiaan) sebagaimana yang dijamin di dalam Al-Quran.

Hukum bagi suami atau isteri yang menjalin hubungan dengan orang lain adalah sama iaitu tetap berdosa kepada Allah, kepada pasangan dan kepada anak.

# Dr Hafidzi Mohd Noor, Pensyarah Universiti Putra Malaysia, Serdang.

3 comments:

aidilovemme said...

Assalammualaikum....pertama kali saya melayari laman web ini, saya terus jatuh cinta....kisah2 yang d paparkan meruntun jiwa saya....apatah lagi apabila membaca kisah Aida, umpama memberikan saya semangat untuk memaparkan kisah rumahtangga yang saya alami....bukan niat untuk membuka pekung di dada apatah lagi memburuk2kan suami sendiri....cuma ingin di jadikan pedoman bagi pembaca2 yang lain....saya merupakan seorang isteri serta ibu muda kepada 3 orang cahaya mata yang comel2....seawal usia 18 tahun lagi saya sudah mengikat tali pertunangan dengan suami....dalam tempoh tersebut saya pernah ditawarkan menjadi pramugari di salah sebuah syarikat penerbangan yang terkenal....saya minta pendapat tunangan saya dan dia tidak setuju jika saya menerima tawaran itu....oleh kerana sayangkan dirinya, saya menolak tawaran tersebut....setahun kemudian kami selamat diijabkabulkan....alam perkahwinan hanya sekejap saya nikmati apabila 2 minggu kemudian suami ditawarkan melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah....saya merelakan diri ditinggalkan di kampung halaman manakala suami menimba ilmu di rantau orang demi masa depan kami berdua....3 minggu kemudian saya mendapati diri saya hamil....selama 3 tahun sy membesarkan sendiri puteri sulung kami....sepanjang tempoh tersebut keluarga saya dan keluarga sebelah suami lah yang banyak membantu....setelah habis belajar, suami memohon kerja sebagai pegawai di salah sebuah jabatan kerajaan (pasukan beruniform)....akhirnya permohonan tersebut diterima....sekali lagi saya dan puteri kami terpaksa ditinggalkan selama setahun apabila suami di hantar untuk berkursus di kuala lumpur....setelah habis kursus, suami membawa saya dan anak berhijrah ke kuala lumpur kerna dia ditugaskan disana....pada tahun 2005 saya mendapati diri mengandung anak ke2 kami..juga seorang puteri....kehidupan kami bahagia..tiada masalah besar yang menimpa..suami sememangnya seorang yang penyayang, tidak pulak dia menunjukkan sikap yang mencurigakan....pada 2006 saya dikejutkan dengan panggilan seoarng wanita yang bernama azlina, menyatakan dirinya adalah "kekasih" suami saya....tersentak hati saya mendengar nya....dengan akal yang waras saya tanyakan pada suami adakah benar apa yang dikatakan oleh wanita tersebut....suami menidakkan nya dan memberitahu saya bahawa azlina tidak lebih dari seorang sahabat....untuk tidak mengeruhkan keadaan saya berusaha untuk mempercayai suami walaupun hati sedikit ragu2.....kerana paham akan kehendak kerja suami, pada penghujung tahun 2006, saya bersama 2 puteri kami balik ke kampung halaman tanpa di temani suami untuk menyambut aidiladha....selama disana saya mendapati terlalu susah untuk menghubungi suami melalui telefon bimbitnya....saya bersyukur kerana sahabat baik suami menghubungi saya....ketika itulah saya bertanyakan suami....oleh kerna kasihan kan saya serta tidak mahurumahtangga saya dan suami berantakan, dia menceritakan segalanya...dari situ saya mendapat tahu, selama saya di kampung halaman suami membawa "kekasih" nya iaitu azlina balik ke rumah kami....bayangkan perasaan saya saat itu...marah, kecewa, sakit hati, semua nya brcampur aduk.....atas nasihat keluarga saya dan keluarga suami saya terus membeli tiket untuk pulang ke kuala lumpur bersama puteri kedua kami....tuhan sahaja yang tahu perasaan saya sepanjang penerbangan balik ke kuala lumpur....sampai saja di rumah, suami terkejut dengan kehadiran saya....dengan tidak semena2, pipi suami saya tampar sekuat hati.... hilang segala rasa hormat saya sebagai seorang isteri....saya menangis semahu2nya didepan suami....apa salah saya, apa dosa saya kepada nya, hingga sggp dia menduakan saya....tidak kah dia menghargai segala pengorbanan saya, berminggu2 saya merajuk dengan suami....suami memujuk saya dan berjanji tidak akan mengulangi apa yang telah di lakukannya...kerana kasihankan anak2, dan juga kasih kepada dirinya, saya tabahkan juga hati dan cuba memaafkan suami....hilang semua kepercayaan kepada suami....setelah kejadian tersebut, suami seakan berubah, bnyak masa dihabiskan bersama keluarga di rumah....saya bersyukur dengan prubahan tersebut....dalam tahun 2007, skali lagi saya mendapati diri saya hamil anak ke3 kami....dan kali ini ianya seorang putera, sepanjang tempoh kehamilan saya, tidak habis2 saya menerima sms dari azlina....tidak sudah2 menganggu hidup saya.... dan sms yang sy tidak boleh lupa ialah "aku harap anak dalam kandungan kau tu cacat, buta, bisu, tuli dan sbgnya" sggup dia mengeluarkan kata2 seperti itu...saya hanya dapat berdoa agar anak dalam kandungan saya sihat..hujung tahun 2007, suami diarahkan bertugas di negeri lain....kami sekeluarga pun berpindah....saya merasakan kebahgiaan itu milik saya, kerna sangkakan suami sudah berubah....namun sekali lagi hati saya terhiris, rupa2 nya sepanjang tempoh saya mengandung dan berpantang, suami masih menjalinkan hubungan dengan azlina.....sekali lagi saya mengamok, dan suami bersumpah yang hubungan nya dengan azlina telah putus semenjak kami berpindah.....tapi hati isteri mana yang tidak sakit kalau mengetahui diri ditipu bulat2.sekali lagi saya tabahkan hati dan menerima kemaafan suami....sekarang suami seakan berubah.....saya berharap perubahan kali ini untuk selamanya....pada azlina...saya harap dia berubah........dan tidak mengganggu hidup keluarga saya lag....amin..

aspaliza ibrahim said...

Tabah dan sabarnya kamu...jika dh kali kedua suami ulang lagi prbuatan curang itu,bg saya dh takde maaf lagi..saya tak dapt terima lagi kalo suami camtu..dia sia2kan peluang yg anda bagi..semoga anda akan dapt kebahagiaan...

Emme Jasmin Ehsan said...

Terima kasih aspaliza Ibrahim.... syukur Alhamdulillah sabar itu indah... insyaAllah...